PROFAIL SHAMELIN


Latar Belakang Koperasi Shamelin Berhad :::::...........

Koperasi Shamelin Berhad, atau lebih dikenali sebagai SHAMELIN, adalah sebuah koperasi berdaftar yang ditubuhkan pada 13 April 1971 dengan tujuan untuk meningkatkan kepetingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.

Sehingga 31 Mac 2008, SHAMELIN telah mempunyai anggota seramai 22,504 orang dengan syer terkumpul sebanyak RM9,835,153.55.


Sejak ditubuhkan SHAMELIN telah melalui beberapa pengelaman pahit getir dalam cubaan untuk mencari dan memantapkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh merealisasikan tujuan penubuhan.

Antara beberapa cubaan perniagaan yang ceburi yang paling menonjol pada tahun-tahun 70an ialah usaha untuk mengadakan rangkaian kedai runcit diseluruh negara, tetapi kurang berjaya.

Pada awal tahun 80an, SHAMELIN berjaya memperolehi sebidang tanah seluas 135 ekar di Cheras, Kuala Lumpur untuk dimajukan sebagai sebuah taman yang mengandungi bangunan-bangunan kediaman, perdagangan dan perkilangan, yang dikenali sebagai Taman Shamelin Perkasa. Kejayaan memperolehi tanah ini telah memberi peluang kepada SHAMELIN untuk melonjak jauh di dalam arus perdana kegiatan ekonomi negara ketika itu.

PROFAIL PERNIAGAAN QURBA


LATAR BELAKANG SYARIKAT

Perniagaan Qurba Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat milik penuh usahawan bumiputera Islam yang pertama sekali di Malaysia membuat kajian mendalam khusus terhadap herba Khazanah Perubatan Islam.

Kami menjadikan Al-Quran, hadis nabi S.A.W. dan kitab ulamak perubatan Islam sebagai rujukan utama dalam usaha mengeluarkan produk kesihatan untuk dipasarkan seterusnya digunakan oleh semua pengguna muslim di seluruh negara.

Dalam usaha untuk mengembangkan Khazanah Perubatan Islam ini juga, kami telah membentuk suatu konsep usahasama (ta’awun) antara pengedar dan pengusaha. Melalui gagasan perkongsian pintar ini, kami merasakan insyaAllah apa yang diidamkan oleh para usahawan dan pengguna akan menjadi kenyataan. Wakil pengedar tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk memulakan perniagaan ini. Bantuan daripada pihak syarikat akan diberikan dalam bentuk penerangan dan teknik-teknik perniagaan bagi meningkatkan pendapatan.

Sesuai dengan era peningkatan jumlah usahawan bumiputera Islam yang terbaik, Perniagaan Qurba Sdn. Bhd. akan menjalankan perniagaan ini berdasarkan 3 prinsip utama iaitu:-



TA’AWUN : Sentiasa tolong menolong dan bekerjasama antara pengusaha, pengedar dan pengguna.
SEDERHANA : Sentiasa mengutamakan kesederhanaan dalam kehidupan seharian dan perniagaan.
KEBAJIKAN : Kebajikan pengusaha, pengedar dan pengguna akan menjadi keutamaan kami.

KHAL TAMAR PLUS


Harga: Semananjung Malaysia
Sabah/Sarawak
Brunei/Singapura

RM
RM
$

80.00
85.00
42.00

Rahsia orang Arab mampu makan kambing seekor hanya untuk dua tiga orang sahaja tanpa risau terkena penyakit- penyakit berbahaya.

KHAL TAMAR PLUS merupakan penyembuh penyakit digeruni seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kolestrol, dan obesiti (kegemukan).


PENYEMBUH PELBAGAI PENYAKIT KRONIK YANG DIGERUNI ZAMAN INI, DARAH TINGGI, KENCING MANIS, KOLESTEROL, OBESITI, JANTUNG, DLL.

Segala pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya serta orang yang mengikuti mereka dengan baik sampai ke hari kiamat.

Risalah ringkas KHAL TAMAR Plus ini adalah satu penyelidikan dari Khazanah Tamadun Perubatan Islam dalam Kitab-kitab perubatan Islam serta pengalaman penulis selama dua puluh tahun berhadapan bersama pesakit yang datang dengan pelbagai masalah penyakit dan kesihatan.

APA ITU KHAL?

KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

KHAL yang dihasil dan dipasarkan oleh Perniagaan Qurba Sdn. Bhd. (PQSB) ini dibuat daripada buah tamar (kurma) menurut kaedah yang dicadangkan oleh Ulamak Perubatan Islam dalam kitab-kitab perubatan mereka. KHAL ini adalah satu bentuk minuman kesihatan badan, dicampur dengan madu lebah dari negara Islam Iran, dimakan bersama herba-herba penting bagi mencapai kesihatan dan penyembuhan yang maksimum.

SEBAHAGIAN DARI HADIS NABI saw TENTANG KHAL


Maksudnya : Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

Perhatian : Dalam hadis sahih di atas, Rasulullah saw mengulangi sebanyak dua kali perkataan
(
نعم الاءدام الحل ) Maksudnya (”Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”). Dalam kitab-kitab perubatan Islam, ulamak perubatan Islam menyebutkan bahawa pengulangan sebanyak dua kali oleh Nabi saw ini adalah satu penegasan dan kepentingan KHAL untuk kesihatan umatnya.


Terjemahannya : Dalam Sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said (r.d) dari Nabi saw, “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL, Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL itu adalah makanan para nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 3318)


PERHATIAN!
Pertama: Kita dapat lihat sendiri bahawa Rasulullah saw dalam hadis di atas Maksudnya, “Ya Allah berkatilah pada KHAL”. Rasulullah saw memohon hajat kepada Allah agar diberkati amalan meminum KHAL, sudah pastilah doa Rasulullah ini dimakbulkan oleh Allah kerana Baginda adalah kekasihNya dan pastilah juga terdapat rahsia kepentingan KHAL oleh tubuh badan yang diciptakan oleh Allah SWT.

Kedua: Hadis di atas ada menyebutkan perkataan Baginda saw maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.

Ketiga: Saranan atau galakan Rasulullah saw dalam hadis ini tentang sabda Baginda saw maksudnya “dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah”. Ini dapat kita fahami bahawa KHAL perlu sentiasa ada di rumah, sentiasa diminum oleh ahli keluarga di rumah tersebut.

Perlu diambil perhatian yang lebih kepada sebarang doa dan suruhan, penegasan dan galakan dari Rasulullah saw kerana Baginda tidak akan bercakap sesuatu apa pun melainkan wahyu yang diwahyukan oleh Allah. Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Najmu, ayat 3 bermaksud “Dan tidaklah Muhammad itu berucap sesuatu dengan hawa nafsunya melainkan wahyu (Allah) yang diwahyukan,” Allah Maha Mengetahui kehendak tubuh badan manusia, diberitahu melalui Nabi saw untuk hambaNya.

SEBAHAGIAN DARIPADA KENYATAAN KHAL OLEH ULAMAK PERUBATAN ISLAM SILAM.

Kenyataan dari Saiyidina Ali (karramallah) "
نعم الأدام الخل يكس المر ويحيي القلب "
Terjemahannya : “Sebaik-baik hidangan ialah KHAL kerana dapat memecahkan lemak di badan dan menghidupkan hati.” Lihat dalam Kitab Perubatan Saiyidina Ali (k.w.) "
طب الأمأم علي " oleh Muhsin Aqil, Darul Mahajjah Al-Baida’, Bairut, 1418, muka surat 320 - 325.

KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK PERUBATAN ISLAM TERKENAL IAITU IBNU SINA (TAHUN 370 - 428 H) DALAM KITAB BELIAU AL-QANUN FI AL-TIB (
القانون فئ الطب ) TAHQIQ DAN TA’LIQ OLEH SA’ID AL-LAHHAM, JUZUK 1, DARUL FIKRI, BAIRUT TAHUN 1414H, MUKA SURAT 908 - 909.

Terjemahannya : “KHAL dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”.
(Lihat juga kitab Saidaliyyatu Ibnu Sina, (
صيدلية ابن سنا ) , Syarah dan Tak’lik oleh Ridho’ Ayash, Darus As-Surur, Bairut, Tahun 1420 H, muka surat 725 - 727)


KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK ISLAM TERKENAL IAITU IBNU QAIYYIM AL-JAUZIYYAH (TAHUN 691 - 751 H) DALAM KITAB BELIAU AL-TIB AL-NABAWI (
طب النبوى ) DARUL KITAB AL’ARABI, BAIRUT 1410 H, MUKA SURAT 233.


Terjemahannya: KHAL bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. KHAL dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). KHAL bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun).

KENAPA KHAL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN?

KHAL kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda) dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena dan vitamin P (bioflavonoid). KHAL juga dapat memotong lemak, memotong kolestrol, memotong asid-asid yang tidak diperlukan oleh badan (menstabilkan asid di badan), memotong garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

KHAL DAN PENJAGAAN BADAN (SLIMMING) SECARA SEMULAJADI

KHAL dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.

KHAL juga membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan (obesiti). KHAL mencepatkan proses awet muda, badan yang cantik (slimming), keremajaan kulit di muka, melambatkan proses penuaan dan membuang lemak di perut. KHAL juga membuatkan kulit kelihatan sihat, melegakan kulit yang kelihatan terbakar terutamanya di muka, tangan dan bintik-bintik hitam di kulit.

RAHSIA KELEBIHAN KHAL, SATU PENGALAMAN YANG MENGKAGUMKAN MELIHAT “ORANG ARAB DAPAT MAKAN KAMBING SEEKOR HANYA UNTUK DUA TIGA ORANG SAHAJA”

Penulis mendapat rahsia kenapa orang-orang Arab dapat memakan kambing seekor hanya untuk dua tiga orang sahaja dan memakan ayam seekor seorang. Keadaan ini menjadi kebiasaan harian bagi orang Arab. Pengalaman aneh ini dilihat sendiri oleh penulis semasa belajar di Universiti Al-Azhar pada tahun 1983 dan menemui rahsia cara membuat KHAL serta herba yang diperlukan bagi mengelak kesn buruk dari makanan yang berlebihan seperti yang dinyatakan dalam risalah ini.

KENAPA KHAL DARIPADA BUAH TAMAR (KURMA)?
PQSB memilih buah tamar untuk dibuat KHAL kerana khasiat kurma yang terlalu banyak untuk kesihatan badan. Di antara hadis Nabi saw ialah:


Terjemahannya: Terdapat di dalam hadis As-Shahih dari Nabi saw, “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Dikeluarkan oleh Imam Bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim)

Kebaikan buah tamar disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.


KHAL DAN MADU
Produk KHAL keluaran PQSB ini dicampur dengan madu asli dari negara Islam Iran kerana menurut kitab-kitab perubatan Islam ianya dapat mencepatkan tindakbalas kesihatan badan serta penyembuhan pelbagai penyakit. Madu lebah juga adalah ubat yang turun bersama wahyu. (Lihat surah Al-Nahl, ayat 65 - 69)


KHASIAT DAN KELEBIHAN KHAL
KHAL dapat menyembuhkan penyakit yang digeruni dewasa ini seperti kencing manis, darah tinggi, membuang kolesterol, lemak di jantung dan usus, mencegah obesiti,dan penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi. KHAL dapat mencegah masalah asid berlebihan, masalah gout, buasir, masalah usus, sembelit, membuang toksik, menstabilkan kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.

KETERANGAN KANDUNGAN
KHAL TAMAR PLUS yang dihasilkan PQSB terdiri dari:
1. Satu botol KHAL (1 liter) yang sudah dicampur dengan madu asli dari negara Islam Iran.
2. Satu bekas herba-herba pilihan dari Khazanah Perubatan Islam.
3. Untuk diminum selama satu bulan.

FAQEH MINDA


Harga:

Semenanjung Malaysia
Sabah/Sarawak
Brunei/Singapura

RM
RM
$

40.00
42.00
23.00





Membongkar rahsia dari Khazanah Perubatan Islam 12 herba pilihan untuk kecerdasan minda. Melalui Faqeh ini kami dapat menyelesaikan persoalan kenapa ulamak terdahulu dapat menghafal Al-Quran dan beribu-ribu hadis, mempunyai akal yang cemerlang, bijak berijtihad, menyelesaikan masalah umat serta tidak lupa dan nyanyuk di sepanjang hayat mereka. Antara dalil dan hadis Nabi S.A.W.


“ Makanlah oleh kamu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s)”




“ Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan ‘asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.







Akal merupakan satu anugerah Allah S.W.T yang terpenting kepada manusia. Dengan akal Allah S.W.T mentaklifkan (pertanggungjawab) kepada kita tentang semua syariatNya. Memahami hakikat kepentingan akal inilah, maka syarikat kami “PERNIAGAAN QURBA” berusaha membuat kajian ilmiah yang mendalam tentang makanan kecerdasan otak yang bersumberkan daripada :

1. Al-Quran
2. Sunnah Nabi S.A.W
3. Pendapat Ulamak Perubatan Islam

KENAPA ULAMAK-ULAMAK TERDAHULU MEREKA?

Mempunyai akal yang cerdas, kuat ingatan, kuat hafalan serta pintar? Dapat menghafal Al-Quran, mengigati beribu-ribu hadis Nabi S.A.W. ? Menguasai pelbagai ilmu sejak kecil ? Dapat berijtihad, menyelesaikan masalah umat, mereka dapat mengekalkan kesihatan akal serta tidak lupa dan nanyuk di sepanjang kehidupan mereka.

Semua pertanyaan di atas sudah kami temui rahsia makanan mereka. FAQEH adalah makanan kecerdasan otak yang kami kumpulkan serta gabungkan tiga belas bahan dari tumbuh-tumbuhan pilihan dari luar negeri dikeringkan, tiada bahan kimia, ubat penahan dan pewarna. Disediakan menurut kaedah secara saintifik di bawah kawalan kilang bertaraf GMP dalam bentuk tablet supaya mudah dihisap atau dikunyah oleh peringkat umur dari kanak-kanak hingga orang tua lanjut usia.

KHASIAT FAQEH diantaranya ialah :

Kanak-kanak membesar dengan pertumbuhan akal yang sempurna.
Pelajar rendah hingga ke universiti dapat menerima pelajaran dengan baik, kreatif, aktif, berdaya saing maju kehadapan.
Orang dewasa hingga lanjut usia dapat mengekalkan ingatan, tidak lupa, nyanyuk dan
sebagainya.
Baik untuk masalah penyakit mental, sakit kepala, tenang fikiran, mengembalikan kesegaran
berfikir.


KETERANGAN RINGKAS SETIAP 13 BAHAN DALAM FAQEH

Dalam risalah yang kecil ini, kami hanya terangkan dengan ringkas 13 bahan kecerdasan minda sepertimana yang disebut dalam kitab-kitab perubatan Islam. Untuk keterangan lanjut anda bolehlah merujuk kepada sebahagian kitab yang kami senaraikan diakhir risalah ini.

Bahan 1.
عسل - ASAL (MADU LEBAH)
Dalam kitab Perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda seperti yang diterangkan bahannya dalam risalah ringkas ini. Kebaikan madu terdapat dalam Al-Quran, Surah Al-Nahl: 68 - 69.

Maksudnya : “...........dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia”.

Dalam kitab, “
الحث على حفظ العلم ” oleh Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan bahawa :

Maksudnya : “Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan”.

Bahan 2. كرفس - KARAPS (BIJIRIN)
Dalam kitab “
طب النبى ”, m.s. 47. Nabi saw sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda saw :

كلو ا الكر فس فانه يورث الحفظ وهو طعام الخضر


Maksudnya : “Makanlah oleh kamu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s)”

Sabda Baginda saw lagi tentang kebaikan karaps:

عليكم بالكر فس فانه لو كان نس يويد فى العقل فهو


Maksudnya: “Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambahkan akal maka ianya adalah karaps.”

Bahan 3. زعفران - ZA’FARAN (STIGMA BUNGA)
Stigma Bunga Za’faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai “King Of Spices”. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za’faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab “
طب اللأمأم علي ”, m.s. 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:

من أخذ من الز عفر ان الخالص جزءا ومن السعد جزءا ويضاف اليهما عسل
يشرب منه مثقلين في كل يوم فانه يتخوف عليه من شدة الحفظ أن يكون ساحر


Maksudnya : “Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.

Bahan 4. سعد - SU’DUN (AKAR TUMBUHAN)
Kebaikan Su’dun untuk kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 3 di atas. Za’faran dan Su’dun dikehendaki makan bersama madu pada setiap hari.

Bahan 5. قرنفل - QARANFUL (BUNGA)
Dalam kitab “ طب اللاء مام الصادق ” m.s 381, Imam Ja’afar Al-Sodiq (r.h), lahir pada 80H, (guru kepada Imam Abu Hanifah r.h), pernah menerangkan masalah kecerdasan minda kepada muridnya Abi Basir iaitu :

عن ابي البصير قال فلت للصادق كيف نقدر على العلم الذى فر عتموه لنا فقال
جذ وزن عشر دراهم قرنفل ومثلها كندر ذكر ودقهما ناعما ثم استف على الويق كل يوم قليلا


Maksudnya : “Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada Al-Sodiq (Imam Ja’afar Al-Sodiq). Bagaimanakah kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami? Lalu Imam Ja’afar Al Sodiq berkata, Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) qaranful, begitu juga kundur zikri (lubban) serta ditumbuk halus keduanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari”.

Bahan 6. لبان - LUBBAN (GETAH POKOK)
Lubban disebut juga sebagai kundur zikri “ كندر ذكر ” seperti dalam kenyataan Imam Ja’afar (r.h) pada kenyataan bahan nombor 5 di atas. Lubban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya dalam kitab “ طب النبوى ”, m.s 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas (r.d), Anas (r.a) dan Saiyidina Ali (k.w):

يرى عن على أنه قال لرجل شكا اليه النسيان عليك باللبان
فانه يشجع القلب ويذهب السيان


Maksudnya : “Diriwayatkan dari Saiyidina Ali (k.w) bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali (k.w) menyuruh ia menggunakan lubban, kerana lubban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan.”
Bahan 7. زنجبيل - ZANJABIL (UBI TUMBUHAN)
Zanjabil terdapat dalam Al-Quran, surah Al-Insan ayat 18, Maksudnya : “.....mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman campurannya zanjabil.”
Dalam kitab “
طب اللأنمة ” m.s 388 dan Kitab “ طب الامام الرضا ” m.s 121, menyebutkan riwayat ulama yang terkenal iaitu Imam Al-Ridho r.h (141 - 203H) mengatakan bahawa :

من أراد يقل نسيانه يكون حافظا فلماكل كل يوم تلاث
قضع زنمبيل مربي بالعسل ويصطبغ بالحز دل مع طعامه في كل يوم


Maksudnya : “Sesiapa yang ingin mengatasi masalah lupa dan menguatkan ingatan maka hendaklah dia makan tiga potong zanjabil yang dicampur dengan madu dan juga khardal (sejenis bijirin) bersama dengan makanan pada setiap hari.”

Bahan 8. خردل - KHARDAL (BIJIRIN)
Secara ringkas, kebaikan khardal dan kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 7 di atas pada kenyataan Imam Ali Al-Ridho r.h (141-203H) menyuruh kita memakan khardal dan Zanjabil bersama madu pada setiap hari.

Bahan 9. نعناع - NA’NA (DAUN)
Dr. Riyad Muhammad salah seorang ulamak perubatan Islam moden dari Mesir dalam kitabnya “
دليل المعالجين بالقر ان الكريم ” m.s. 298, menyuruh kita memasukkan daun na’na dan habbatus sauda’ ke dalam madu untuk kecemerlangan minda, beliau menyatakan :

نعلى النعناع ونضع عليه بعد تجليته بعمل مبع قطران من زيت الحبة السو داء
ويشرب دافتا ويكون مقروءا فيه ايات الوقية 7 مرات وايات الشفاء وسورة يس


Maksudnya : “Digoreng (dikeringkan) na’na serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak Habbatus Sauda’ diminum suam-suam serta dibaca ayat al-Ruqayyah sebanyak 7 kali, ayat Syifa serta Surah Yassin.”
Bahan 10. حبة السوداء - HABBATUS SAUDA’ (BIJIRIN)
Kegunaan Habbatus Sauda’ bersama madu untuk kecerdasan minda seperti kenyataan bahan nombor 9, di atas. Dalil atau nas kebaikan habbatus sauda’ terlalu banyak di antaranya sabda Rasulullah saw dalam hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda saw bersabda :

من حديث أبي سلمة رضى الله عنه أن رسول الله قل عليكم
هذه الحبة السوداء فان فيها شفاء من كل داء الا السام


Maksudnya : “Daripada hadis Abi Salamah (r.d) bahawasanya Rasulullah saw bersabda : “hendaklah kamu mengambil Habbatus Sauda’ ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati.”
Bahan 11. عدس - ADAS (BIJIRIN)
Adas adalah makanan yang disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61. Adas dapat menguatkan ingatan seperti mana dalam kitab “ طب الأيمة ” m.s 389 menyebutkan :

وفي بعض الأخبار يورث الحفظ أكل اللحم مما يلي العنق وأكل
الحلوى والعدس والخبر البارد وقراءة اية الكرسى


Maksudnya : “Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan yang manis-manis (seperti madu) makan adas, makan roti dan membaca ayat-ayat al-kursi”.

Bahan 12. زبيب - ZABIB (BUAH)
Dalam kitab “ طب النبوى ” oleh Ibnu Qayyim al-Juzi, m.s 241, menyebutkan bahawa :

قال الزهري من أحب ان يحفظ الحديث فليا كل الزبيب


Maksudnya : “Imam Al-Zuhri berkata : Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis)”.

Bahan 13. لبان - Laban (PURE GOAT MILIK)

Allah S.W.T berfirman dalam Al-Quran tentang kebaikan Laban dalam dua surah :

1. Surah Al-Nahl ayat 66
2. Surah Muhammad ayat 15 *Sila rujuk Al-Quran

Keterangan : Kami campurkan susu kambing dalam tablet ini, kerana khasiatnya yang sangat banyak sepertimana yang disebut dalam kitab-kitab perubatan Islam dan moden.

“FAQEH” MADU MINDA


Harga: Semenanjung Malaysia
Sabah/Sarawak
Beunei/Singapura

RM
RM
$

40.00
42.00
23.00

“FAQEH” Madu Minda adalah makanan kecerdasan minda, membina akal yang cemerlang. Memahami tentang kepentingan akal anugerah Allah yang terpenting kepada manusia, maka syarikat kami “PERNIAGAAN QURBA” berusaha membuat kajian ilmiah yang mendalam tentang makanan kecerdasan minda yang bersumberkan daripada Al-Quran, Al-Sunnah, Kitab Ulama, Perubatan Islam serta semua saluran maklumat moden terkini.

Kami menemui dua belas nas atau dalil bahan makanan khusus untuk otak yang cerdas. inilah dua belas rahsia kenapa Ulama Islam terdahulu dapat menghafal Al-Quran dan beribu hadis sejak kecil serta bijak beriitihad. Dua belas bahan makanan ini kami gabungkan bersama madu asli bermutu dari negara Islam kami Iran dalam bentuk cecair madu, tanpa sebarang bahan pengawet. Madu ini sedap dan mudah dimakan oleh kanak-kanak membesar dari satu tahun hingga orang dewasa lanjut usia.




KHASIAT “FAQEH” MADU MINDA

Kanak-kanak membesar dengan pertumbuhan akal yang cerdas, pintar serta sihat. Untuk pelajar rendah, menengah, universiti supaya dapat menerima pelajaran dengan baik, aktif berdaya saing. Untuk orang dewasa, lanjut usia, mengekalkan ingatan, elak lupa serta nyanyuk. Baik untuk penyakit mental, sakit kepala dan seumpamanya.

Dalam risalah kecil ini, kami hanya membawa dalil atau nas ringkas dua belas bahan makanan kecerdasan minda yang mana kesemuanya dirujuk dalam kitab-kitab Ulama Perubatan Islam.

KETERANGAN RINGKAS SETIAP 12 BULAN

1.
عسل - ASAL (MADU LEBAH)
Dalam kitab Perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda seperti yang diterangkan bahannya dalam risalah ringkas ini. Kebaikan madu terdapat dalam Al-Quran, Surah Al-Nahl: 68 - 69.

Maksudnya : “...........dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia”.

Dalam kitab, “
الحث على حفظ العلم ” oleh Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan bahawa :

Maksudnya : “Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan”.

Kami memilih madu dari Republik Islam Iran, kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah di sana menghisap madu dari pohon-pohon kurma, tin, zaiton, delima dan sebagainya yang mana kesemua buah-buahan ini disebut alam Al-Quran dan kitab-kitab Perubatan Islam tentang khasiatnya yang sangat banyak.

2. زعفران - ZA’FARAN (STIGMA BUNGA)
Stigma Bunga Za’faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai “King Of Spices”. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za’faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab “
طب اللأمأم علي ”, m.s. 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:

من أخذ من الز عفر ان الخالص جزءا ومن السعد جزءا ويضاف اليهما عسل
يشرب منه مثقلين في كل يوم فانه يتخوف عليه من شدة الحفظ أن يكون ساحر


Maksudnya : “Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.

3.
سعد - SU’DUN (AKAR TUMBUHAN)
Kebaikan Su’dun untuk kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 3 di atas. Za’faran dan Su’dun dikehendaki makan bersama madu pada setiap hari.

4.
كرفس - KARAPS (BIJIRIN)
Dalam kitab “
طب النبى ”, m.s. 47. Nabi saw sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda saw :

كلو ا الكر فس فانه يورث الحفظ وهو طعام الخضر


Maksudnya : “Makanlah oleh kamu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s)”

Sabda Baginda saw lagi tentang kebaikan karaps:

عليكم بالكر فس فانه لو كان نس يويد فى العقل فهو


Maksudnya: “Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambahkan akal maka ianya adalah karaps.”

5.
زنجبيل - ZANJABIL (UBI TUMBUHAN)
Zanjabil terdapat dalam Al-Quran, surah Al-Insan ayat 18, Maksudnya : “.....mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman campurannya zanjabil.”
Dalam kitab “
طب اللأنمة ” m.s 388 dan Kitab “ طب الامام الرضا ” m.s 121, menyebutkan riwayat ulama yang terkenal iaitu Imam Al-Ridho r.h (141 - 203H) mengatakan bahawa :

من أراد يقل نسيانه يكون حافظا فلماكل كل يوم تلاث
قضع زنمبيل مربي بالعسل ويصطبغ بالحز دل مع طعامه في كل يوم


Maksudnya : “Sesiapa yang ingin mengatasi masalah lupa dan menguatkan ingatan maka hendaklah dia makan tiga potong zanjabil yang dicampur dengan madu dan juga khardal (sejenis bijirin) bersama dengan makanan pada setiap hari.”

6.
خردل - KHARDAL (BIJIRIN)
Secara ringkas, kebaikan khardal dan kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 7 di atas pada kenyataan Imam Ali Al-Ridho r.h (141-203H) menyuruh kita memakan khardal dan Zanjabil bersama madu pada setiap hari.

7.
قرنفل - QARANFUL (BUNGA)
Dalam kitab “ طب اللاء مام الصادق ” m.s 381, Imam Ja’afar Al-Sodiq (r.h), lahir pada 80H, (guru kepada Imam Abu Hanifah r.h), pernah menerangkan masalah kecerdasan minda kepada muridnya Abi Basir iaitu :

عن ابي البصير قال فلت للصادق كيف نقدر على العلم الذى فر عتموه لنا فقال
جذ وزن عشر دراهم قرنفل ومثلها كندر ذكر ودقهما ناعما ثم استف على الويق كل يوم قليلا


Maksudnya : “Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada Al-Sodiq (Imam Ja’afar Al-Sodiq). Bagaimanakah kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami? Lalu Imam Ja’afar Al Sodiq berkata, Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) qaranful, begitu juga kundur zikri (lubban) serta ditumbuk halus keduanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari”.

8.
لبان - LUBBAN (GETAH POKOK)
Lubban disebut juga sebagai kundur zikri “ كندر ذكر ” seperti dalam kenyataan Imam Ja’afar (r.h) pada kenyataan bahan nombor 5 di atas. Lubban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya dalam kitab “ طب النبوى ”, m.s 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas (r.d), Anas (r.a) dan Saiyidina Ali (k.w):

يرى عن على أنه قال لرجل شكا اليه النسيان عليك باللبان
فانه يشجع القلب ويذهب السيان


Maksudnya : “Diriwayatkan dari Saiyidina Ali (k.w) bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali (k.w) menyuruh ia menggunakan lubban, kerana lubban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan.”

9.
نعناع - NA’NA (DAUN)
Dr. Riyad Muhammad salah seorang ulamak perubatan Islam moden dari Mesir dalam kitabnya “
دليل المعالجين بالقر ان الكريم ” m.s. 298, menyuruh kita memasukkan daun na’na dan habbatus sauda’ ke dalam madu untuk kecemerlangan minda, beliau menyatakan :

نعلى النعناع ونضع عليه بعد تجليته بعمل مبع قطران من زيت الحبة السو داء
ويشرب دافتا ويكون مقروءا فيه ايات الوقية 7 مرات وايات الشفاء وسورة يس


Maksudnya : “Digoreng (dikeringkan) na’na serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak Habbatus Sauda’ diminum suam-suam serta dibaca ayat al-Ruqayyah sebanyak 7 kali, ayat Syifa serta Surah Yassin.”

10. حبة السوداء - HABBATUS SAUDA’ (BIJIRIN)
Kegunaan Habbatus Sauda’ bersama madu untuk kecerdasan minda seperti kenyataan bahan nombor 9, di atas. Dalil atau nas kebaikan habbatus sauda’ terlalu banyak di antaranya sabda Rasulullah saw dalam hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda saw bersabda :

من حديث أبي سلمة رضى الله عنه أن رسول الله قل عليكم
هذه الحبة السوداء فان فيها شفاء من كل داء الا السام


Maksudnya : “Daripada hadis Abi Salamah (r.d) bahawasanya Rasulullah saw bersabda : “hendaklah kamu mengambil Habbatus Sauda’ ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati.”

11.
عدس - ADAS (BIJIRIN)
Adas adalah makanan yang disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61. Adas dapat menguatkan ingatan seperti mana dalam kitab “ طب الأيمة ” m.s 389 menyebutkan :

وفي بعض الأخبار يورث الحفظ أكل اللحم مما يلي العنق وأكل
الحلوى والعدس والخبر البارد وقراءة اية الكرسى


Maksudnya : “Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan yang manis-manis (seperti madu) makan adas, makan roti dan membaca ayat-ayat al-kursi”
.

12. زبيب - ZABIB (BUAH)
Dalam kitab “ طب النبوى ” oleh Ibnu Qayyim al-Juzi, m.s 241, menyebutkan bahawa :

قال الزهري من أحب ان يحفظ الحديث فليا كل الزبيب


Maksudnya : “Imam Al-Zuhri berkata : Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis)”.

LI KHAMSATUN


Harga:

Semananjung Malaysia
Sabah/Sarawak
Brunei/Singapura

RM
RM
$

42.00
44.00
24.00

Satu-satunya makanan kesihatan berasaskan 20 herba pilihan Khazanah Perubatan Islam khusus untuk membuang toksik dalam badan serta memulihkan fungsi kesemua organ badan. Kesemua herba ini mempunyai dalil dan pendapat yang cukup hebat dalam Khazanah Perubatan Islam. Antaranya:


a

“ Bersabda Rasulullah S.A.W., Makanlah oleh kamu hindiba’ dengan cara kesemuanya bahagian pokok tersebut, sesungguhnya tidaklah sehelai daripada daun hindiba’ itu melainkan mengandungi air dari syurga”.




“ Hendaklah kamu memakan hindiba’ kerana ianya dapat menyuburkan air mani dan mencantikkan muka.”
(mencantikkan muka dapat dimaksudkan sebagai awet muda).



a



Segala pujian bagi Allah, solawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda dan sahabat setia baginda.

Kami PERNIAGAAN QURBA SDN. BHD. adalah syarikat yang pertama di Malaysia berusaha membuat kajian dan penyelidikan terhadap Kitab-Kitab Ulamak Perubatan Islam. Kami berusaha mendapatkan herba-herba berkhasiat khususnya herba yang mempunyai dalil-dalil atau nas sama ada dari Al-Quran, Hadis Nabi saw dan amalan yang diteruskan dari satu generasi ke satu generasi hingga ke hari ini. Semoga dengan usaha ini, kita sama-sama dapat mengembalikan kegemilangan perubatan Islam yang terkenal pada masa dahulu. Pihak kami juga dapat memartabatkan kembali Khazanah Perubatan Islam kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan umat Islam lain umumnya.

PERNIAGAAN QURBA SDN. BHD. telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan terhasilnya satu produk baru “LI KHAMSATUN”
لي خمسة iaitu bagaimana cara menggunakan madu lebah untuk perubatan dan apakah herba-herba yang baik untuk dicampur bersamanya supaya lebih berkhasiat menurut kaedah yang dicadangkan oleh Ulamak Perubatan Islam dalam kitab-kitab mereka.

LI KHAMSATUN terdiri daripada madu lebah dan dua puluh (1 + 20) herba berkhasiat. Kesemua gabungan ini mempunyai dalil-dalil atau nas sama ada dari Al-Quran, Hadis Nabi saw dan pendapat Ulamak Perubatan Islam. Inilah satu gabungan yang sangat kuat dengan dalil-dalil atau nas yang Insya-Allah dapat menyembuhkan penyakit manusia. Dalam risalah yang kecil dan terhad ini, kami hanya terangkan secara ringkas khasiat 5 daripada 20 herba dalam gabungan produk LI KHAMSATUN.


1. HINDIBA’ (
هندباء ) - CICHORIUM INTYBUS
Pokok Hindiba’ sangat terkenal sebagai herba yang sangat baik untuk kesihatan sejak zaman Yunani, zaman Pliny (A.D 23 - 79) Zaman Napoleon, Greek, Rom dan Mesir Purba (kerajaan Firaun). Setelah kedatangan Nabi Muhammad saw., Hindiba’ menjadi semakin terkenal kerana Baginda sendiri banyak meriwayatkan tentang hindiba’. Ulamak Perubatan Islam menyebut bahawa Hindiba’ dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit manusia dan ianya sesuai dimakan bersama madu lebah.

Dalil-dalil kebaikan hindiba’
Terlalu banyak dalil kebaikan hindiba’ di antaranya Nabi Muhammad saw pernah bersabda:


Maksudnya: Bersabda Rasulullah saw “Makanlah oleh kamu hindiba’ dengan cara kesemuanya bahagian pokok tersebut, sesungguhnya tidaklah sehelai daripada daun hindiba’ itu melainkan air dari syurga.

Lihat: kitab (
طب النبوى ) Ibnu Qayyim Al-Juziah, oleh Syuib Al-Arnaout, m.s 368. Kitab ( ) oleh Muhsin Aqil, m.s 20 Kitab ( طب الألمة ) oleh Al-Sayyid Abdullah Syubbir, m.s 244.

Saidina Ali bin Abi Talib (kw) juga ada meriwayatkan tentang kebaikan hindiba’ yang maksudnya sama dengan apa yang diriwayatkan oleh Nabi Muhammad saw.

Lihat: Kitab (
طب الأمأمعلي ), oleh Muhsin Aqil, m.s 100, kitab ( طب الألمة ) m.s 245

Kenyataan kebaikan hindiba’ oleh Ulamak Perubatan Islam yang terkenal di zaman silam iaitu Imam Ja’aar As-Sodiq r.h (83 - 148H) beliau mengatakan:

عليك بالهندباء فانه يزيدفي الماء ويحسن الو جه

Maksudnya: “Hendaklah kamu memakan hindiba’ kerana ianya dapat menyuburkan air mani dan mencantikkan muka” (mencantikkan muka dapat dimaksudkan sebagai awet muda).
Lihat kitab (
طب الأمام الصادق ), oleh Muhsin Aqil, m.s 125. Kitab ( طب الامام الرضا ), oleh Muhsin Aqil, m.s 312, Kitab ( طب الألمة ) m.s 245.
Khasiat hindiba’ menurut Ibnu Sina (370 - 428 H), seorang Ulamak Perubatan Islam terkenal sejak dahulu sampai ke hari ini, beliau mengatakan:


Terjemahannya: Berkata Ibnu Sina: Hindiba’ dapat membuka segala yang tersumbat di saluran makan (di usus) dan di dalam urat saraf. Mengubati penyakit mata, menghapuskan penyakit mata, menghapuskan penyakit peputihan di mata (selaput mata) dan menstabilkan denyutan jantung. Bermanfaat untuk penyakit kerongkongan, (kerongkongan, kemerahan kerongkong) dapat melegakan kahak, gelema serta memperbaiki usus-usus di perut. Hindiba’ merupakan penawar yang terpilih untuk mengatasi segala masalah kelemahan di perut. Lihat Lihat:Kitab ( القانونفي ألطب ) Ibnu Sina, oleh Said Al-Lahham, m.s 550.

Khasiat Hindiba’ menurut Ulamak Perubatan Islam terkenal, IbnuQayyim Al-Juziyah (691 - 751H), dalam kitabnya (
طب النبوى ) m.s 368, beliau mengatakan: Maksudnya, “Apabila dimakan maka Hindiba’ boleh melegakan luka-luka dalam perut, bermanfaat untuk segala yang tersekat di perut, penyakit kepanasan mata (masalah penyakit mata), menguatkan perut, membuka segala yang tersumbat di hati, bermanfaat untuk penyakit kepanasan dan kesejukan badan, membuka segala yang tersumbat di limpa, di urat-urat saraf, di saluran makanan (perut), membersihkan buah pinggang, membersihkan segala penyakit di dada, membersih (menghilangkan) kepanasan darah, penyakit kencing serta hindiba’ mempunyai kekuatan menghapuskan segala masalah keracunan badan (toksin).

2. HABBATUS SAUDA’ (
حبة السوداء ) - NIGELIA SATIVA
Habbatus Sauda’ adalah jenis bijirin herba yang sangat terkenal khasiatnya dalam perubatan Islam, mempunyai dalil atau nas yang terlalu banyak dari Nabi SAW sendiri dan ulamak perubatan Islam, di antaranya sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda bersabda :


Maksudnya: Daripada hadis Abi Salamah (r.d), bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda’ ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati”.

Khasiat Habbatus Sauda’

Ibnu Sina dalam Kitabnya Al-Qanun Fi Al-Tib (
القانون في الطب ) m.s 856, mengatakan bahawa: Habbatus Sauda’ dapat melegakan angin dalam badan, masalah paru-paru, sakit kerongkongan, sakit kepala, buah pinggang, kencing, gastrik, menguatkan jantung, menghilangkan keletihan dan membuang keracunan badan (toksin).
Begitu juga dengan pendapat Ulamak Perubatan Islam yang lain seperti Ibnu Al-Baithor dalam kitabnya Jamiah (
جامعة ), Daud Al-Intoqi dalam Kitab Tazkirah (تذكرة ) dan lain-lain.

3. BABUNAJ ( ) - MATRICARIA CHAMOMILLA

Sejak zaman dahulu hingga kini masyarakat Arab dan Farsi menganggap pokok babunaj sebagai pokok herba yang sangat istimewa untuk mereka. Bunga Babunaj yang berwarna putih kekuningan sangat berkhasiat untuk mengubati berbagai-bagai penyakit.

Di antara khasiat bunga Babunaj seperti mana yang disebut dalam kitab-kitab Perubatan Islam ialah dapat melawaskan kencing, mengubati kesakitan ketika haid, mengubati usus kecil dan besar, sistem penghadaman, gastrik, buang angin di badan, menghilangkan kepanasan di badan, sakit kepala, sakit-sakit sendi serta dapat memberi semangat dan tenaga kepada seseorang. Sila lihat: Kitab (
القنونفى الطب ) Ibnu Sina, Jilid 1, m.s 473 - 474, Kitab (صيدلية العطار ) Ibnu Al-Baithor, m.s 89 - 90, kitab ( صيدلية الاعشاب ) Daud Al-Intoqi, m.s. 60 dan lain-lain kitab perubatan Islam.

4. HULBAH (
حلبة ) - TRIGONELLA FEONUM GRAECUM

Hulbah adalah sejenis bijirin herba yang digunakan secara meluas dalam perubatan Islam sejak zaman dahulu kala lagi. Terdapat banyak riwayat tentang kebaikan hulbah sama ada dari Nabi SAW sendiri dan ulamak perubatan Islam, di antaranya:

ويذكر عن القاسم بن عبد الرحمن انه قال : قال رسول الله أستشفوا بالحلبة

Maksudnya: Disebut daripada Al-Qasim bin Abdul Rahman, dia berkata: telah bersabda Rasulullah (SAW), “Berubatlah kamu dengan Hulbah”.

Kebaikan hulbah menurut Ulamak Perubatan Islam, di antaranya ialah:

لو علم الناس منالعها لآ شتروها بوزنها ذهبا

Terjemahannya: “Seandainya manusia mengetahui manfaatnya hulbah, tentulah mereka akan membelinya dengan emas yang sama timbangannya”.

Khasiat Hulbah

Dalam kitab-kitab perubatan dinyatakan bahawa hulbah mengubati masalah kerongkong, kahak, sakit dada, lelah, melegakan pernafasan, menambahkan air mani, masalah usus, angin (gastrik) jantung, buah pinggang dan keracunan badan (toksin).

Lihat: Kitab (
القانون في الطب ) Ibnu Sina, m.s. 597 - 598. Kitab ( طب النبوى ) m.s 276 Kitab
(
صيدلية الا عشاب ) Daud Al-Intoqi oleh Muhsin Aqil, m.s 162 - 163. Kitab ( صيدلية العطار ) Ibnu Al-Baithor oleh Muhsin Aqil, m.s. 191 - 912.

5. ZANJABIL (
زنجبيل ) - ZINGIBER OFFICINALE

Sudah menjadi amalan kebiasaan orang-orang Arab sejak zaman dahulu sehingga sekarang, mereka memasukkan zanjabil dalam minuman harian, teh, kopi susu dan madu kerana khasiatnya yang sangat banyak menurut perubatan Islam.


Zanjabil adalah salah satu herba yang disebut dalam Al-Quran dalam surah Al-Insan (
الأنسان ) ayat 17 (Demi menjaga kesucian Al-Quran ayat tidak ditulis). Maksudnya “Mereka dalam syurga itu diberi sejenis minuman yang dicampurnya dari zanjabil”.

Khasiat Zanjabil

Menurut kitab-kitab perubatan Islam, Zanjabil dapat mengatasi masalah kelemahan kesihatan seperti sakit dada, jantung, lelah, lemah paru-paru, angin dalam badan, mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan badan. Lihat: Kitab (
القانون في الطب ) Ibnu Sina m.s 558 - 559, Kitab ( طب النبوى ) m.s 293, Kitab ( صيدلية العطار ) m.s 293 - 294 Kitab ( صيدلية الا عشاب ) m.s 253.

MADU LEBAH
عسل / FOREST HONEY
Madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut dalam Al-Quran dan Hadis Nabi saw. Terdapat satu surah khas dalam Al-Quran tentang lebah iaitu Surah Al-Nahl pada ayat 68 - 69 (demi menjaga kesucian Al-Quran, ayat tidak ditulis)

Maksudnya, "..............................dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit bagi manusia”. Ulamak perubatan Islam telah sepakat, mengatakan madu lebah sangat baik untuk kesihatan manusia, dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit, begitu juga ia diperakui oleh seluruh ahli perubatan barat dan timur.

Kami memilih madu dari Republik Islam Iran kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah di sana menghisap madu di pokok-pokok kurma, tin, zaitun, delima dan sebagainya yang mana kesemua buah-buahan ini disebut dalam Al-Quran dan Kitab-kitab perubatan Islam tentang khasiatnya yang banyak.

KHASIAT LI KHAMSATUN

Khasiat LI KHAMSATUN untuk kesihatan manusia terlalu banyak kerana ianya menggunakan madu lebah yang mana madu sendiri disepakati oleh Ulamak Perubatan Islam serta ahli perubatan barat dan timur dapat menyembuhkan berbagai penyakit manusia. Tambahan pula dalam LI KHAMSATUN ini terdapat dua puluh herba pilihan yang dinyatakan dalam kitab-kitab Perubatan Islam tentang khasiatnya yang sangat banyak. Di antara khasiat yang disebut di dalam kitab-kitab ialah mengubati masalah jantung, buah pinggang, paru-paru, masalah usus, sistem penghadaman, gastrik, angin dalam badan, menstabilkan darah, darah tinggi, menstabilkan suhu badan, sakit dada, kencing manis, masalah keletihan, nafsu makan, memberi tenaga kelamin, sakit-sakit sendi, urat saraf, masalah limpa, hempedu, awet muda, membuang keracunan badan (toksin), mengelak daripada terjadinya barah dan sebagainya untuk kesihatan manusia. Dapat dikatakan bahawa LI KHAMSATUN adalah perubatan semulajadi menggunakan sumber alam ciptaan Allah secara terus, tidak ada bahan kimia, perasa, pengawet, pewarna yang boleh membawa kesan sampingan yang buruk.